Khamis, 12 Februari 2009

WAWASAN 2020

WAWASAN 2020
• Wawasan 2020 mengariskan ciri-ciri Negara maju bagi Malaysia yang diimpikan oleh Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad.
• Teras Utama Wawasan ialah Pencapaian Tahap Ekonomi Maju yang setanding dengan Negara Maju menjelang tahun 2020.
• Pentingnya pencapaian ekonomi ini diiringi dengan Perpaduan Negara, Keyakinan Diri, Penghayatan Nilai Hidup Demokrasi, Budaya Penyayang, Sikap Bertolak ansur, Keadilan, Amanah, Jujur serta peningkatan Nilai Moral Rohani dan Jasmani seluruh masyarakat berbilang kaum di Negara Malaysia.
. Sebagai rakyat Malaysia kita harus berbangga dan menanam semangat di dalam diri kita bahawa kita Boleh dan Malaysia boleh . Jangan kita terlalu mempercayai idealisme luar yang boleh mengugat kesejahteraan dan keamanan negara kita.
. Tidak semestinya apa yang baik di luar maka baik untuk kita begitu juga sebaliknya.Contohnya negara luar mengalami musim salji dan memerlukan kita memakai baju yang begitu tebal maka adakah harus kita juga turut memakainya tentunya tidak bukan apa yang kita perlukan adalah baju hujan kerana negara kita mengalami musim hujan bukannya musim salji.
. Rakyat kita semua berbahasa Melayu takkan kita nak berbahasa Perancis, Jepun atau yang seumpamanya.Memang bagus kita mempelajari pelbagai bahasa kerana dengan mempelajari pelbagai bahasa akan menjadikan kita seorang yang berdaya saing dan yang paling penting kita tidak ketinggalan jauh ke belakang dan tidak di perlekehkan oleh bangsa asing dan tidak di tipu lagi seperti dulukala. Cuma masalahnya perlukah kita menolak ketepi langsung bahasa kita hanya kerana ingin menggunakan bahasa tersebut.
Hinggakan di rumah bercakap dengan suami dan anak-anak juga harus menggunakan bahasa asing. Malah ada yang sampai menukar nama hanya kerana kononnya nama inggeris lebih glamour atau sebenarnya malu kerana nama melayu terasa agak kolot di pendengaran.
. Tahukah kita semua bahawa lebih memalukan lagi apabila mati nama kita di panggil di padang Mahsyar dan berjuta mata akan terarah kepada kita untuk melihat siapakah yang empunya nama tersebut. Setiap nama akan mempunyai ertinya yang tersendiri. Alangkah senangnya hati , lebarnya senyuman di bibir sekiranya nama yang di panggil begitu cantik sekali maknanya tetapi bagaimana pula sekiranya nama yang di panggil itu begitu jelik sekali di dengar atau kosong tiada apa-apa makna bukankah ia satu kerugian buat kita.
. Pandang-pandang dan fikir-fikirkanlah , banyak sekali nama yang bagus yang boleh kita guna malah Rasullah sendiri pernah menukar nama para sahabat yang pada pendengaran Baginda mempunyai makna yang kurang baik atau tidak bagus.
. Sekiranya kita kurang arif, kita boleh menjadikan buku sebagai rujukan apatah lagi sekarang segala-galanya begitu mudah senang di dapati malah kita juga boleh bertanya kepada mereka yang arif malahan dalam internet juga kita boleh mendapat maklumat dengan lebih meluas.


OBJEKTIF :
• Negara Malaysia maju dan bersatu.
• Masyarakat bebas, tenteram dan maju.
• Masyarakat Demokratik yang matang.
• Masyarakat bermoral dan beretika.
• Masyarakat liberal dan bertolak ansur.
• Masyarakat saintifik dan progresif.
• Masyarakat berbudaya dan penyayang.
• Masyarakat adil dalam bidang ekonomi.
• Masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing.

. Semoga kita boleh menjadi insan yang baik dan rakyat yang cemerlang, gemilang dan terbilang kita buktikan kepada dunia luar Islam adalah sesuatu yang indah , penuh dengan kejayaan-kejayaan yang di luar jangkaan mereka dan rakyat Malaysia mampu melakukan apa yang di fikirkan mereka kita tidak mampu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan