Khamis, 19 Februari 2009

MATA

MATA PUNCA PENGLIHATAN YANG PENTING

Kenapa anda mengeluarkan air mata

Kelopak mata secara semulajadinya akan menghasilkan lendir cecair dan larutan garam yang di kenali sebagai airmata. Fungsi penting air mata adalah untuk membasahi dan melindungi kornea dari kekotoran yang menyebabkan kerosakan pada kornea.
Air mata yang keluar di saat anda menangis bukan di sebabkan lendir cecair yang berlebihan tetapi berasal dari kelenjar lakrimalis. Kelenjar ini akan mengalir keluar secara spontan di saat anda menangis atau terhadap benda-benda asing memasuki mata misalnya habuk, debu, asap dan sebagainya.
Kelenjar lakrimal yang mengalir akan membasahi kornea dan akan berkumpul di kawasan tanggungan yang terletak di bawah kelopak mata hingga ke hidung.
Tetapi di sebabkan jumlahnya yang banyak kelenjar lakrimal akan mengalir keluar sebagai air mata.

Penjagaan mata secara betul

Mata tidak memerlukan perawatan khusus, kerana ia mempunyai perlindungan yang sangat kuat terutama air mata, namun begitu terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan tentang mata.
1. Jangan menggunakan ubat titis mata secara berterusan. Penggunaan ubat titis mata dalam tempoh yang lama akan mengeringkan air mata yang mengandungi zat antibodi dan zat yang penting dalam melawan kuman penyakit mata. Sesungguhnya fungsi utama ubat titis mata adalah untuk menghilangkan warna merah pada mata dan memberi kesegaran. Gunakan ubat titis mata hanya jika perlu sahaja misalnya selepas menaiki motosikal atau selepas melakukan kerja di hadapan komputer.
2. Elakkan merendam mata dengan menggunakan daun sireh. Daun sireh sememangnya terbukti mengandungi zat yang mampu menjauhi penyakit radang mata tetapi jika tidak di bersihkan dengan betul dan melakukannya dengan cara yang betul maka ia akan menyebabkan pembiakan bakteria yang serius pada mata. Akibatnya yang paling serius mata akan hilang fungsinya dan ada kemungkinan boleh menyebabkan buta.
3. Anda tidak perlu berusaha untuk menambah vitamin A sekiranya pemakanan anda sudah banyak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi seperti bayam dan betik.
4. Sekiranya anda menghadapi masalah mata merah akibat jangkitan virus, anda boleh mengurangkannya dengan menyapu air batu tetapi bagi anda yang menghadapi masalah penyakit mata yang berbintil gunakan air suam untuk membersihkannya.

Penyakit mata yang serius dan cara mengatasinya.

Penyakit mata yang di sebut konjuktivitis adalah di sebabkan oleh adeno / antero virus yang merebak secara serius. Bagi mengelakkan sakit mata influenza yang juga di sebabkan virus, anda perlumenjaga kesihatan badan seperti melakukan, mengambil makanan bergizi dan istirehat yang cukup.
Namun terdapat juga beberapa langkah yang perlu diberi perhatian :
1. Setelah bersalaman dengan seseorang yang menghidapi masalah sakit mata yang serius anda perlu membersihkan tangan. Ini adalah penting untuk mencegah penyakit mata daripada merebak kepada anda melalui tangan yang kemungkinannya telah di gunakan untuk menyentuh mata yang sakit.
2. Saling mencium pipi antara anda dan orang yang menghidap masalah sakit mata juga tidak mendatangkan kesan yang berbahaya tetapi awas jangan sampai air mata yang mengandungi virus mengenai pipi anda. Sekiranya anda mengosok mata dengan sengaja atau tidak kemungkinan air mata yang melekat di pipi akan tersentuh dan mengenai mata anda.
3. Elakkan meminjam sapu tangan seseorang yang di percayai menghidapi penyakit mata kerana di khuatiri ia mengandungi virus.

P/S : Sekiranya anda di percayai menghidapi penyakit mata, sebaiknya anda tinggal sahaja di rumah dan elakkan berada di khalayak ramai untuk menghindarinya daripada merebak kepada orang lain, menggunakan tisu yang lembut untuk mengesat mata serta elakkan dari menggunakan tuala / sapu tangan kerana di khuatiri virus pada sapu tangan akan mengenai mata semula dan melambatkan lagi proses untuk pulih dan menggunakan cermin mata bagi melindungi mata dari angin kerana apabila mata yang sakit terkena angin akan menimbulkan kesan yang pedih dan gatal dan secara tidak langsung akan menyebabkan kita mengosoknya dan secara tidak langsung akan menyebabkan kecederaan pada mata.

Mengubati mata yang letih

Sekiranya mata anda cepat merasa letih dan tegang yang di sebabkan dari menonton tv, membaca buku atau mengendalikan komputer secara berterusan, anda seharusnya berhenti seketika untuk merehatkan mata lakukan sedikit senaman mata, alihkan pendangan mata ke arah pemandangan sekeliling seperti taman atau sesuatu yang berwarna hijau dan kedip-kedipkan mata selama beberapa saat.
Anda juga boleh menutup mata dengan kedua belah telapak tangan dan matikan lampu selama beberapa minit. Selain itu, anda juga boleh meletakkan hirisan timun yang sejuk di kedua belah mata yang keletihan.

Bagaimana cara memelihara kesihatan mata ?

Supaya mata agar sentiasa sihat dan segar, anda perlu mengikuti beberapa langkah yang penting antaranya :
1. Anda di galakkan untuk membaca atau menulis di tempat yang mengandungi cahaya terang dengan bantuan cahaya lampu yang berada di bahagian belakang dan di atas kepala anda. Kadar gelap atau terangnya cahaya juga perlu di perhatikan . Ini adalah kerana kadar cahaya yang kurang terang menyebabkan mata anda akan menjadi cepat tegang dan letih kerana mata dipaksa untuk melihat.
2. Selain itu, menonton tv dalam suasana cahaya yang gelap juga akan menjejaskan kesihatan mata. Semasa menonton cahaya yang keluar dari kaca TV akan langsung terus ke mata anda dan akan menyebabkan mata menjadi tegang dan letih. Sebaiknya anda harus menonton dalam jarak paling minimal 5 meter dari kaca TV.
3. Anda juga harus menitikberatkan makanan yang mengandungi banyak sayur-sayuran dan buah-buahan yang banyak mengandungi Vitamin A.

Kenapa anda memakai cermin Mata ?

Tidak semua di antara anda yang memiliki mata yang sihat dan mampu berfungsi dengan baik. Sesungguhnya ada beberapa perkara yang menyebabkan terjadi kerosakan pada mata antaranya anda tidak dapat melihat dari jarak jauh (myopia). Orang yang menghidap penyakit myopia tidak mampu melihat dengan jelas sesuatu benda dari jarak yang jauh dari pandangan mata.
Selain itu, terdapat juga di kalangan masyarakat yang menghadapi masalah tidak dapat melihat sesuatu benda dari jarak dekat dengan pandangan mata. Penyakit ini de kenali sebagai Presbiopia yang kebanyakkannya menyerang mereka yang berumur 45 tahun ke atas.
Masalah-masalah mata yang di hadapi di kalangan masyarakat kita pada hari ini perlu dibantu dengan cara memakai cermin mata supaya mereka dapat melihat sesuatu benda dengan jelas sama ada dari jarak yang dekat atau jarak yang jauh dari pandangan mata.
Memakai cermin mata juga memerlukan pemeriksaan untuk mengetahui tahap kerosakan mata dan cermin mata yang sesuai yang di gunakan.

Lasik peluang untuk penglihatan lebih jelas

Anda mungkin sudah bertahun-tahun memakai cermin mata ata kanta sentuh. Jika boleh, anda ingin lihat dengan jelas tanpa menggunakan kedua-dua alat tersebut. Tahukah anda bahawa anda berpeluang memiliki penglihatan yang jelas melalui rawatan LASIK ?
Rawatan ini mula di perkenalkan di Malaysia pada tahun 1998 dan semenjak itu, semakin ramai yang sudah menggunakan teknik rawatan ini. Dr. Norazlina Bachik, Konsultan Opthalmologi dari Optimax Eye Specialist Centre bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam berhubung rawatan LASIK.

Apa itu Lasik ?

Menurut Dr. Norazlina, LASIK tergolong dalam pembedahan refraktif yang di jalankan untuk merawat masalah kerabunan iaitu rabun jauh ( miopia), rabun dekat (hipermetropia) dan astigmatisma kecuali presbiopia ( masalah rabun dekat selepas usia melebihi 40 tahun ). Kesemua masalah ini di sebabkan oleh imej yang tidak di fokus dengan tepat ke atas retina ; sama ada di fokus di depan retina (miopia ) atau di belakang retina (hipermetropia ) atau di fokus sebagai dua titik pada retina ( astigmatisma).
Matlamat utama LASIK ialah mengurangkan kebergantungan pada cermin mata dan kanta sentuh. Hampir kesemua pesakit yang menjalani rawatan ini tidak perlu kembali kepada penggunaan cermin mata atau kanta sentuh mereka.
" Dalam rawatan LASIK, pembedahan di jalankan untuk mengubah rupa bentuk kornea secara kekal agar cahaya yang masuk boleh di tumpukan tepat ke retina. Pembedahan LASIK ini melibatkan pemotongan ke atas lapisan tisu kornea sahaja dan tidak melibatkan struktur dalaman mata ", ujar Dr. Norazlina.

Siapa yang sesuai dan tidak sesuai?

Pada umumnya, anda perlulah mempunyai kornea yang sihat dan tidak mempunyai penyakit mata yang lain. Menurut penjelasan Dr. Norazlina, sebelum konsultan Opthalmologi menjalankan rawatan LASIK, terdapat beberapa prosedur yang perlu di jalankan bagi memastikan seseorang itu sesuai untuk menjalani rawatan ini.

* Pemeriksaan mata yang lengkap. Pemeriksaan di lakukan untuk melihat struktur mata. Ini dapat memastikan sama ada anda sesuai untuk rawatan laser atau tidak.
* Tahap kerabunan akan di periksa dengan teliti.
* Pemeriksaan tekanan mata sama ada normal atau tidak.
* Mengukur ketebalan kornea.
* Mengukur saiz anak mata dalam keadaan malap.
* Menjalankan pemetaan permukaan mata terutamanya kornea.

Kesemua prosedur di atas lazimnya akan mengambil masa lebih kurang 3 jam termasuk sesi kaunseling yang akan dilakukan oleh pegawai optometri. Ini bergantung kepada keputusan yang di perolehi dan setelah mendapat pengesahan doktor tentang kesuaian seseorang individu itu menjalani rawatan LASIK atau sebaliknya.
Konsultan Opthalmologiyang merawat juga akan menjalankan sesi kaunseling ringkas sebelum rawatan di mulakan .
Dr. Norazlina mengakui tidak semua orang yang mempunyai masalah kerabunan boleh atau sesuai untuk menjalani rawatan LASIK. Antara golongan yang tidak sesuai menjalani rawatan ini ialah :-

1. Refraktif yang tidak stabil iaitu ` power ` cermin mata atau kanta sentuh masih berubah-ubah. Mereka yang terlibat biasanya adalah mereka yang berusia di bawah 18 tahun, wanita yang hamil dan wanita yang menyusukan bayi dan mereka yang mengalami penyakit kencing manis.
2. Mengalami masalah mata khususnya katarak dan glaukoma.

Perhatian yang lebih terperinci perlu di berikan kepada golongan di bawah sebelum mereka boleh menjalani rawatan laser ini iaitu :-

1. Pernah menjalani pembedahan mata seperti katarak atau pernah menjalani pembedahan refraktif sebelum ini.
2. Mengalami masalah radang pada kelopak mata dan struktur dalaman mata.
3. Mengalami masalah kekeringan mata. Masalah ini perlu di rawat terlebih dahulu sebelum di bolehkan menjalani LASIK. Ini kerana LASIK akan menyebabkan mata seseorang menjadi kering secara semulajadinya selepas pembedahan. Jika keadaan ini terjadi sebelum rawatan, keadaan akan menjadi bertambah serius dan boleh mengganggu penglihatan.

Bagaimana LASIK di jalankan ?

Rawatan LASIK tidak melibatkan suntikan anestetik sebaliknya hanya menggunakan titisan anestetik di mata.
Untuk rabun jauh kornea di bentuk leper . Laser di gunakan untuk membuang tisu dari permukaan kornea.
Untuk rabun Dekat di bahagian tengah kornea di buat lebih tinggi. Laser di gunakan untuk membuang tisu di sekeliling kornea.
Untuk Astigmatisma pula kornea di bentuk spherical. Laser di gunakan untuk membentuk lapisan tisu pada satu arah.

Apabila mata kebas sepenuhnya, kelopak mata akan di buka dengan menggunakan speculum. Suction ring ( cecincin penyedut ) akan di pasang untuk menstabilkan bola mata bagi proses pemotongan hirisan kornea yang di panggil flap. Proses pemotongan ini di jalankan dengan menggunakan mikrokeratome. Seluruh proses rawatan ini di jalankan dalam keadaan sterile. terang Dr. Norazlina.
" Sewaktu proses ini di lakukan , pesakit akan mengalami sedikit peningkatan di dalam tekanan mata. Sebab itulah mereka yang memiliki tekanan mata yang tidak normal , tidak sesuai untuk rawatan ini. " ujarnya.
Pesakit akan di minta menumpukan pandangan kesatu cahaya sewaktu laser di pancarkan untuk merubah rupa bentuk permukaan kornea. Kornea di bentuk leper untuk rabun jauh, bujur untuk rabun dekat dan sfera astigmatisma. Kemudian, flap tersebut di kembalikan pada tempatnya tanpa jahitan.
" Selepas pembedahan , pesakit akan di benarkan pulang. Mereka perlu menjalani rawatan susulan pada keesokan harinya, selepas seminggu, sebulan, tiga bula dan enam bulan. Rawatan susulan ini penting untuk memastikan semua dalam keadaan baik terutamanya flap ".
Dalam tempoh tiga bulan pertama selepas pembedahan , penglihatan masih belum stabil walaupun seseorang individu itu boleh menjalani kehidupan seharian dengan selesa tanpa bantuan cermin mata atau kanta sentuh. Jika tahap kerabunan masih agak tinggi selepas tiga bulan, rawatan ulangan akan di jalankan tanpa sebarang kos tambahan. " Jelas Dr. Norazlina.

Komplikasi

Dr. Norazlina tidak menolak kemungkinan berlakunya komplikasi. Antara pertanyaan yang sering di ajukan kepadanya ialah ` adakan LASIK boleh menyebabkan kebutaan ?`
Secara realitinya memang ada risiko tersebut tetapi risiko itu hanyalah dalam lingkungan satu peratus di seluruh dunia. Justeru itu, mereka amat teliti dalam menjalankan rawatan ini. Jika pemeriksaan awal mendapati seseorang itu tidak sesuai, maka mereka akan memaklumkan kepada pesakit supaya tidak menjalani rawatan ini bagi mengelak sebarang komplikasi.
Antara komplikasi yang boleh terjadi ialah masalah ketika pemotongan flap yang berpunca antara lainnya daripada tiadanya kerjasama yang baik daripada pesakit sewaktu prosedur itu di jalankan . Mata pesakit juga boleh di jangkiti kuman jika mereka tidak menjaga kebersihan.
Bagi mereka yang mengalami masalah alahan , sel-sel darah putih akan dapat di lihat di bawah flap sehari selepas pembedahan. Tapi , komplikasi ini boleh di kawal dengan ubat titis steroid.
Pesakit juga boleh mengalami keadaan yang di sebut sebagai under treated atau over treated. Jika ini berlaku, ianya boleh di perbaiki melalui rawatan susulan. Kebanyakan pesakit akan mencapai tahap penglihatan yang memuaskan mereka untuk menjalani kehidupan seharian tanpa cermin mata atau kanta sentuh.

Masalah Mata

Bagaimana ia berlaku ?

Ketika di dalam kandungan , lazimnya terdapat satu membran yang menghalang laluan duktus air mata ke hidung. Membran ini hanya terbuka menjelang kelahiran bayi. Akan tetapi, jika laluan ini tidak juga terbuka, ia menyebabkan duktus air mata tersumbat. Keadaan ini boleh berlaku pada kedua-dua belah mata bayi.
Jika duktus air mata bayi tersumbat , air mata masih boleh memasuki bahagian atas sistem penyaliran air mata tetapi ia tidak boleh di salirkan ke hidung kerana tersumbat. Keadaan ini boleh menyebabkan kelopak mata bayi bernanah dan matanya di penuhi tahi mata pada waktu pagi.

Apakah tanda-tanda yang perlu diperhatikan ?

Anda mungkin dapati salah satu atau kedua-dua mata kelihatan lebih berair selama beberapa hari. Matanya juga mungkin agak bengkak, merah dan seakan ada cecair melekit yang keluar dari mata.

Cara rawatan

Jika anda syak bayi anda mengalami masalah ini, langkah terbaik ialah mendapatkan rawatan doktor. Meskipun masalah lazimnya akan hilang dengan sendirinya apabila usia bayi meningkat, apa yang di bimbangkan , air mata akan berkumpul di kantung mata dan menyebabkan jangkitan bakteria jika di biarkan tanpa rawatan.
Doktor akan menunjukkan cara untuk mengurut bahagian duktus untuk `membuka` bahagian yang tersumbat. Anda juga boleh menggunakan kapas lembap dan tekankan pada mata bayi. Jika berlaku jangkitan, doktor akan membekalkan antibiotik dalam bentuk salap atau ubat titis.
Akan tetapi, ada kalanya , ada bayi yang memerlukan rawatan yang lebih lanjut dan perlu di rujuk kepada doktor Pakar Mata. Dalam keadaan ini, bayi mungkinperlu menjalani pembedahan untuk membuang nanah pada mata atau untuk membuka duktus yang tersumbat.

Mata Penyeri Wajah

Lindungi Mata yang kusam

Mata adalah aset yang paling berharga. Sebab itulah ada ungkapan menyatakan ` dari mata turun ke hati `. Jika tidak percaya, berbicaralah dengan sesiapa sahaja pasti mata yang akan menjadi tumpuan utama.
Jika mata kita kusam dan tidak bermaya, pasti kita malu untuk memandang mata ketika berbicara. Oleh itu, seharusnya bukan kulit wajah sahaja perlukan rawatan rapi tetapi mata juga termasuk di dalam kategori tersebut.
Ada tiga masalah utama mata, antaranya mata bengkak, lingkaran hitam di sekeliling mata dan kedutan halus di sekitar mata.

Mata Bengkak

Mata bengkak biasanya di sebabkan oleh lebihan air pada bahagian mata. Ia di sebabkan oleh kekurangan tidur, ` stress ` atau keliling mata berlemak.
Oleh kerana itu, perhatian yang lebih harus di berikan kepada mata. Kita boleh mengelakkan masalah ini.
Misalnya, pastikan makan malam 3 jam sebelum tidur. Hindari juga minum dengan terlalu banyak.
Krim malam juga boleh menjadi punca masalah ini. Teliti krim malam anda. Pastikan formula krim malam tidak terlalu berat. Rehatkan mata dengan uncang teh yang basah seelok-eloknya selepas di rendam dengan air panas di dalam cawan simpan sebentar di tempat beku untuk 15 minit kemudian letakkannya di tengah-tengah mata dan biarkan sehingga kering. Asid ` tannic ` dalam teh dapat berfungsi sebagai `astringent`.
Senaman mata juga penting. Caranya, lirikkan mata anda ke beberapa arah berbeza. Lakukan dengan kerap.Selain itu lakukan tekanan dengan menggunakan tapak tangan ke atas mata dengan menekup tapak tangan ke atas mata kemudian beralih ke bahagian sisi mata dengan siku tangan menekan pada lutut dalam keadaan kita sedang duduk . Latihan ini berfungsi untuk merehatkan otot mata dan mengurangi cairan.

Lingkaran kehitaman di sekitar mata

Selalunya orang akan bertanya Apakah produk yang bagus untuk lingkaran mata ?
Hakikatnya buat masa ini tiada krim mata yang boleh menghilangkan lingkaran hitam ini melainkan kita mengubah gaya hidup kepada lebih bersifat positif. Lingkaran hitam berlaku akibat gaya hidup seharian seperti tidak cukup tidur, terlalu lama menghadap komputer, barada dalam suhu penghawa dingin dan tabiat merokok selain tekanan.
Masalah ini akan bertambah rumit dan ketara apabila kulit bawah mata berkedut nipis.
Bagi mengubah gaya hidup , ia mungkin agak sukar akibat tuntutan keperluan hidup.Bagaimanapun, kita perlu belajar merehatkan mata sekurang-kurangnya 10 minit apabila terasa lama melihat skrin komputer dan TV.Tutup mata anda dan tekap perlahan dengan tapak tangan sambil tunduk ke bawah selama beberapa minit. Cara ini dapat mengaktifkan sistem limfatik di sekelilingnya. Selain itu, pastikan tidur dengan cukup sekurang-kurangnya 8 jam, jauhkan tabiat merokok dan sekiranya anda seorang yang sentiasa sibuk pastikan setiap masa yang ada terluang anda tidur sebentar walau hanya 15-20 minit setiap kali dan rehatkan mata dengan timun atau air sejuk. Lakukannya dengan kerap agar tiada gegelang hitam di bawah mata.
Tabiat minum banyak air walaupun di galakkan untuk kesihatan, amalan itu perlu dielakkan sebelum beberapa jam masuk tidur kerana minum air sebelum tidur boleh menyebabkan mata kelihatan sembap keesokan harinya akibat sekatan pada sistem limfatik.
Sistem limfatik iaitu cecair di dalam tubuh tidak berfungsi sewaktu kita tidur. Ini menyebabkan sebarang cecair yang ada di dalam tubuh bertakung kerana tidak di proses. Hasilnya, muka dan mata kelihatan sembap bila bangun keesokan paginya. Oleh sebab itu, di nasihatkan jangan minum air antara tiga hingga empat jam sebelum waktu tidur.Adalah kurang tepat untuk menganggap krim mata boleh menghilangkan lingkaran sepenuhnya. Tetapi, tidak di nafikan ia boleh mengurangkan garis halus di sekeliling mata atau sekurang-kurangnya memudarkan kehitaman sekeliling mata.
Pemilihan krim mata haruslah sesuai mengikut usia ini amat penting dalam memastikan keberkesanannya memandangkan struktur kulit sentiasa berubah mengikut usia.
Setiap peringkat usia memerlukan jenis produk kecantikan berbeza. Gadis yang berusia 20-an mungkin memerlukan hidrasi untuk kulit. Pada usia ini, mereka menemui kewanitaan diri. Penting bagi mereka untuk mencegah petanda awal penuaan dan menyerlahkan kulit bersinar.
Sebaiknya mata di jaga lebih awal iaitu sebaik memasuki usia 18 tahun, gunakan produk lembut untuk di sapu di sekeliling mata.
Wanita berusia 30-an pula memerlukan produk yang boleh mencegah dan membetulkan garis halus atau masalah lain di samping mengekalkan kulit tegang, manakala wanita berusia 40-an pula memerlukan lembapan dan 50-an ke atas pula perlu mengekalkan keaslian kulit yang ada.
Setiap hari , otot wajah bergerak beribu kali. Ekspresi sehari ini secara perlahan-lahan menimbulkan kesan kedutan dan garis halus pada dahi, tepi mata dan antara alis mata. Bermula dengan kedutan, di ikuti dengan garis halus, kulit berubah menjadi kelihatan kusam. Seterusnya, perlahan-lahan tona kulit kelihatan tidak sekata.
Antara cara tradisional, murah, cepat dan senang yang boleh kita gunakan adalah daun lidah buaya ( Aloe Vera ). Kita sapukan daun lidah buaya di sekeliling mata biarkan sekejap kemudian kita sapukan putih telur ke serata muka. Kita letakkan teh yang telah di sejukkan atau timun sejuk yang di hiris kita letakkan di mata.Selepas 2- 3 jam kemudian kita bersihkan menggunakan air suam panas dengan menggunakan kain lembut / kapas.Setelah itu, bilas muka kita dengan menggunakan air sejuk ( dari dalam peti ais). Biarkan beberapa minit di hadapan kipas sebelum kita lapnya dengan menggunakan tuala lembut.

Kedutan halus di sekeliling mata

Masalah ini di katakan biasa terutamanya bagi mereka yang menjangkau usia 30 tahun ke atas . Terdapat tiga lapis kulit di sekitar mata, epidermis ( lapisan ats ), dermis dan lapisan subcutaneous ( lapisan dermis bawah). Lapisan terakhir inilah yang sangat sensitif dan perlukan perlindungan sentiasa.
Apabila keluar dari rumah, jangan lupapakai kaca mata hitam. Hindari juga tekanan atau gosokan yang terallu kasar ketika membersihkan solekan di mata. Lebih elok gunakan kapas lembut untuk membuangnya.
Untuk mata yang kusam, gunakan solekan seminima mungkin. Untuk kelihatan lebih segar, coletkan pembayang mata rona lebih terang daripada warna kulit. Pemakaian maskara juga haruslah tidak terlampau tebal.

Nutrien antioksida amat penting untuk mata

Peningkatan usia adalah kitaran yang tidak boleh di undur dan kesannya juga boleh di rasai apabila anggota badan kita juga makin hilang sinar dan fungsinya secara beransur-ansur. Mata yang juga `jendela hati` juga tidak terlepas daripada menerima kesan akibat kitaran ini. Seperti sendi yang berkeriut yang memerlukan pelincir, mata juga memerlukan penjagaan dan nutrienuntuk memastikan kita terus menikmati penglihatan sebagai anugerah yang tidak ternilai.
Kualiti penglihatan terjejas akibat pengumpulan sisa apabila kita meningkat tua yang mengakibatkan pengurangan pigmen retina dan kemerosotan membran mata. Perubahan itu, akan mengubah keupayaan mata untuk menerima imej dan penghantarannya ke retina. Ramai yang tidak menyedaripenyakit mata akibat penuaan boleh menyerang seawal umur 40-an. Penyakit mata yang lazim di kaitkan dengan umur adalah degenerasi makula akibat penuaan (ARMD), katarak dan glaukoma.

Kepentingan Lutien dan Zeaxantin

Lutein dan zeaxantin boleh di jumpai dalam makula mata manusia. Komponen karotenoid itu juga di kenali sebagai pigmen makula kerana ia bertindak sebagai `cermin mata`. Fungsi utamanya adalah menapis cahaya biru fototoksik dan sinaran ultralembayung daripada makula dan membantu melindungi makula mata daripada kemerosotan.
Lutien dan zeaxantin adalah pigmen larut lemak semula jadi yang tidak boleh disintesis dalam badan manusia dan hanya boleh di peroleh daripada pemakanan. Oleh itu, pemakanan sangat berperanan penting dalam melengkapkan keperluan nutrien yang pentinguntuk kesihatan mata. Sekiranya anda mengambil kurang daripada lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari atau pernah di diagnosis mempunyai masalah mata seperti ARMD, katarak atau glaukoma, anda perlu memberi lebih perhatian dalam usaha menambahkan nutrien untuk mata dalam pemakanan seharian anda.
Keperluan untuk menambahkan pengambilan nutrien ini juga tidak terkecuali kepada mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang mengalami masalah gangguan penglihatan seperti kabur.
Kajian LUXEA pada 2006, mendapati bahawa pengambilan lutein dan zeaxantin sebanyak 10 atau 20mg setiap hari selama 6 hingga 12 bulan boleh meningkatkan ketumpatan pigmen optik makula (MPOD) yang mungkin berkaitan dengan kesihatan dan penyakit mata seperti ARMD.
Kajian yang di terbit pada 2001 oleh Hendler dan Rorvik mendedahkan bahawa mereka yang mengambil lutein dan zeaxantin paling tinggi mempunyai pengurangan risiko katarak sebanyak 22 peratus berbanding mereka yang mengambil jumlah paling sedikit lutein dan zeaxantin.
Lutein dan Zeaxantin adalah dua karotenoid yang utama dalam retina mata manusia. Bagaimanapun, iaboleh berkurangan akibat peningkatanusia dan pendedahan secara berterusan kepada cahaya matahari. Selain bertindak sebagai antioksida poten yang menapis cahaya ultralembayung (UV) berbahaya dan radiasi, ia tidak ternilai pentingnya dalam melindungi sel dan saraf mata daripada kesan radikal bebas dalam makula. Kepentingan yang di milikinya menjadikan ianya sangat di perlukan untuk kesihatan mata yang optimum, terutama di kalangan mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas.
Antioksida lain seperti beta karotena, vitamin C dan E, selenium dan zink penting untuk kesihatan mata. Beta karotena dan zink adalah penting untuk fungsi normal kanta dan intergritinya. Tambahan pula beta karotena juga boleh bertindak sebagai penapis, melindungi daripada kerosakan akibat cahaya terhadap fiber kanta, manakala selenium dan vitamin E melindungi daripada kerosakan pada kanta akibat radikal bebas dan dengan itu mungkin bermanfaat dalam memperlahankan perkembangan katarak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan