Selasa, 27 Januari 2009

JENIS-JENIS HERBA

---------------------------------------------------------------------------------------


Seruntum /PATAWALI/PUTARWALI

Nama Botani Tinosprora Tuberculata, Beumee.
Nama Lain Patawali, Putawali, Akar Seruntum, Putarwali, Petawali.
Famili Menispermaceae
Pengenalan
Pokok jenis memanjat yang berkayu lembut. Batang pokok berkeadaan berbintil-bintil, berkulit nipis dan mudah dipisahkan merupakan sejenis pepanjat yang melilit untuk memanjat. Batangnya kelihatan berparut kasar dengan diameter menghampiri 2 cm. Boleh tumbuh dengan mudah dan cepat melalui pembiakan keratan batang. Semua bahagian pepanjat ini mempunyai rasa yang sangat pahit. Ukuran garis pusat batang ialah antara 1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan berlendir, dan rasanya pahit. Daun bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang.Daunnya berbentuk hati seperti sirih tetapi pada keseluruhannya lebih bulat dan runcing di hujung. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar. Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama yang nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 cm panjang.
Oleh itu tumbuhan ini kadang kala ditanam oleh penduduk kampung dan kadang kala keratan batangnya boleh dibeli di pasar tani yang menjual tumbuhan ubatan tradisional dalam bentuk kering atau segar.
Khasiat dan Kegunaan
Air seduhan batang patawali diminum bagi membunuh cacing dalam perut sementara air seduhan keseluruhan tumbuhan digunakan bagi merawat cholera, jaundis( demam kuning), darah tinggi, sakit perut dan kencing manis. Penggunaan luarannya pula adalah bagi merawat kudis buta, luka gatal, luka dan membasuh mata yang bengkak atau pedih.Caranya dengan menumbuk daun tersebut dan di pupuk di tempat yang berkenaan. Adalah dipercayai bahawa dengan meminum air rebusan patawali secara berterusan akan dapat mengelak daripada gigitan nyamuk dan menghalang jangkitan penyakit malaria / ubat kolera.Selain itu ia juga penawar kepada penyakit kencing manis, menghilangkan sakit sendi atau tulang. Dapat menyihatkan dan menambahkan tenaga.
Ia selalu digunakan sebagai tonik dan pelawas kencing. Akar, batang, daun serta ekstrak tumbuhan ini digunakan untuk merawat berbagai jenis demam. Kencing manis juga telah cuba dirawat dengan menggunakan akar petawali ini, walaupun keberkesanannya masih dipersoalkan.
Air rebusan daunnya sebagai pembunuh cacing. Oleh kerana rasanya yang terlalu pahit, ia boleh menyebabkan muntah dan digunakan untuk memaksa muntah dalam merawat bisa patukan ular.

-------------------------------------------------------------------------------------


MISAI KUCING


Nama Botani Orthosiphon stamineus Benth (O. aristatus Blume)
Nama Lain Remujung, Kumis kucing (Indonesia), Java tea (Inggeris)
Famili Lamiaceae
Pengenalan
Misai kucing ialah sejenis tumbuhan tropika yang berasal dari negara Asia Tenggara seperti Thailand, Indonesia, Filipina serta kepulauan Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan Brunei. Ia boleh didapati di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar sama ada kawasan tanah rendah atau tinggi. Pokok ini mempunyai bunga yang cantik dan sering di tanam sebagai pokok hiasan. Bunganya berwarna putih atau ungu dengan filamen yang panjang menyerupai misai kucing.Bunganya pula bertingkat secara memanjnag dalam bentuk jambak dan berwarna putih serta kemerahan sedikit. Pistil dan stamen menjulur keluar dari corong bunga dan buahnya didapati di dalam bunga. Daun misai kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan, licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daunnya pula berjeriji.Jenis daun yang bertentangan, berwarna hijau kebiruan dan bergerigi di tepi. Tangkai daunnya yang pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Ketinggiannya boleh mencecah sehingga 1.5 m.
Pokon herba Orthosiphon granddiflorus (sinonim: O. stamineus) ini mempunyai batang berwarna hijau perang dan sedikit berbulu.Jenis lain pula Batangnya berbentuk empat segi berbulu pendek, berwarna kemerahan, tumbuh menegak dan bercabang-cabang. Dari segi ketinggiannya, tumbuhan ini mencapai antara 30 cm – 60 cm dan berdiameter di antara 0.5 – 0.8 cm.
Tumbuhan ini tumbuh di kawasan terbiar di sekitar perkampungan, terutamanya di tepi jalan, tali air dan kebun. Pokok ini dikatakan berasal dari Indo- Malaya.

Khasiat dan Kegunaan
Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, rheumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam.Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat kencing manis dengan cara merebus bersama Hempedu Bumi. Dua atau tiga kali daun direndam di dalam air panas, dan dibiarkan hingga suam dan diminum bagi merawat darah tinggi.
Daun ini boleh dicampurkan dengan pokok ubatan lain, dengan cara daunnya diramas dan ditampal pada bahagian yang dijangkiti penyakit kulit. Air rebusan pokok ini digunakan untuk merawat batu karang di pundi kencing.


-------------------------------------------------------------------------------------


HEMPEDU BUMI
Nama Botani Andrographis paniculata
Nama Lain Hempedu tanah, akar cerita, pokok cerita (Malaysia), king of bitter, creat, green chireta (Inggeris), kalmegh (India), Kirta (Sanskrit), Chuan xin lian, Yi jian xi, Lan he lian (China), Sambiloto (Indonesia)
Famili Acanthaceae
Pengenalan
Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 90 cm. Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku. Setiap buku mempunyai dua helai daun. Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau nmuda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Khasiat dan Kegunaan
Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk darah tinggi, kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. Ia di katakan mampu menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah.Digunakan secara tradisional untuk melawas pembuangan air besar dan mengawal kencing dan darah tinggi.Ia mengandungi bahan penahan sakit, melawas pembungan air besar, membantu mengeluarkan cecair dari saluran pernafasan, membantu penghadaman, meransang aktiviti organ perut dan mengurangkan serangan deman. Ia juga di percayai mampu mengubat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kanser atau ganguan antoimun.

-------------------------------------------------------------------------------------


ALFALFA

Nama Botani medicago sativa
Nama lain Alfalfa
Famili
Pengenalan
Alfalfa adalah tumbuhan yang berasal dari Negara Arab (sekitar parsi atau negara Iraq dan Iran). Amat kaya dengan zat makanan. Orang Arab memanggil alfalfa sebagai Bapa segala makanan dan orang China pula memanggil Alfalfa sebagai Raja segala Herba.Ia sangat terkenal di seluruh dunia sebagai Bapa Kepada Semua Makanan. Kegunaan tumbuhan ini sudah lama dikenal pasti iaitu sejak zaman kuno lagi. Ketika itu Alfalfa ditanam sebagai makanan kepada binatang ternakan seperti kuda, lembu dan sebagainya. Seluruh dunia sudah mengiktirafkan alfalfa sebagai sumber makanan dan vitamin bagi kegunaan manusia.
Alfalfa adalah tumbuhan kekacang yang berakar panjang yang boleh menyerap banyak zat makanan yang jauh ke dalam tanah. Ia menjadi gudang untuk banyak vitamin yang penting seperti Thiamin (B1), Riboflavin (B2), Niasin (B3), Piridoksin (B6), vitamin A, E dan asid pantotenik. Mineral yang ditemui dalam Alfalfa ialah kalsium, besi, mangan, magnesium, kuprum dan zink.Ia boleh membekalkan zat makanan yang di ingini untuk pemakanan tambahan manusia . Bahagian daun Alfalfa membawa kebaikan yang lebih berbanding dengan bahagian-bahagian lain. Daun Alfalfa akan dikeringkan dan dijadikan tepung untuk menjadikannya sebagai ubat.
Khasiat dan Kegunaan
Kajian makmal telah mendapati Alfalfa mengandungi 3% asid aspartik yang berfungsi untuk, Mengnyah amonia, Menolong melindungi sistem saraf pusat, merawat keletihan dan meningkatkan stamina.
Ia juga mengandungi 1.4% lysin dan 1% arginine yang fungsinya untuk, Menguatkan imuniti badan, melawan penyakit kanser dengan menghalang pertumbuhan tumor, membina otot dan membakar lemak dengan merangsang glan pituari untuk meningkatkat pengeluaran hormon, menolong menyembuhkan kecederaan luka, meningkatkan kandungan seperma dan menyuci hati dan membuang racun dalam badan kita.- Kaya dengan mineral, vitamin, asid amino & protein. Sumber semula jadi estrogen tumbuhan, bantu imbangi sistem hormon wanita, rawat darah tinggi, cuci paru-paru.

-------------------------------------------------------------------------------------


SELASIH

Nama Botani Ocimum basilicum Linn.
Nama lain Sweet Basil, French Basil (Inggeris), Barbar,Tulsi (Hindi), Raihan (Arabic),Bai horapa (Thai)
Famili Lamiaceae
Pengenalan
Selasih merupakan satu darpadai spesies tumbahan yang secara umumnya di kenali sebagai basil. Terdapat lebih kurang 150 spesies dari genus Ocimun ini dan spesies basilicum merupakan yang terpenting. Ia telah lama diketahui mempunyai kepelbagaian sumber dan kaya dengan minyak pati. Tumbuhan ini berasal dari kawasan tropika dan separa tropika benua Asia, Afrika dan Amerika Tengah serta Selatan. Kini tersebar luas di kawasan panas di kedua-dua hemispera dari aras laut hingga lebih kurang 1,800 m tinggi. Walau pun tanaman selasih telah berabad-abad lamanya berada di negara kita, namun ia masih ditanam dikawasan kebun dapur iaitu bagi kegunaan sendiri.Selasih ialah sejenis tanaman semusim yang tumbuh menegak dengan ketinggian antara 30–90 cm. Batangnya bersegi dan berwarna sama ada hijau, ungu atau perang. Daunnya berwarna hijau pekat, tunggal dan berbentuk bujur telur (‘ovate’). Di negara ini pada kebiasaannya pembungaan bagi tanaman dari biji benih bermula selepas lebih kurang 75 hari selepas di tanam ke ladang. Bunganya terdapat dibahagian hujung batang dan dahan pokok. Keseluruhan bahagian tumbuhan boleh mengeluarkan bauan yang sangat beraroma.
Di Malaysia tumbuhan ini digunakan dalam masakan dan dikatakan mempunyai khasiat perubatan. Di Amerika pula disebabkan kecantikan dan bau yang menarik beberapa baka terpilih telah jadikan sebagai tanaman landskap dan tanaman hiasan.
Khasiat dan Kegunaan
Tanaman selasih mempunyai berbagai-bagai kegunaan. Di samping itu ia dianggap sebagai salah satu herba kulinari yang terkenal dan juga dijual sebagai bunga segar dan produk kering. Minyak pati yang dihasilkan melalui pengekstrakan daun dan bunga digunakan dalam industri minyak wangi, farmaseutikal, aromaterapi dan makanan dengan manfaatkan bauan dan perisa yang asli. Boleh merawat masalah buang air besar, kencing, serangan cacing gelang pada kanak-kanak. Dapat membantu proses penghadaman, mencegah batuk, athma (Lelah), demam, sakit kepala dan menetapkan pusingan haid bagi wanita.Digunakan secara tradisional untuk membantu proses penghadaman dan sakit kepala.
-------------------------------------------------------------------------------------


DUKUNG ANAK
Nama Botani Phyllanthus amarus, P. urinaria, P. debelis, Phyllanthus Nururi
Nama Lain Buah amin, Nipon-nipon (Malaysia), Chanca piedra (India), Meniran (Indonesia), Quebra pedra (Amerika Selatan), Zhen chu cao, ye xia zhu (China), Stone breaker, Shatter stone (Inggeris)
Famili Euphorbiaceae
Pengenalan
Tumbuhan ubatan ini sangat popular di India dan banyak digunakan dalam perubatan Ayuvedic. Dukung anak ialah sejenis herba renek berbatang lembut. Batang berwarna hijau atau merah bergantung kepada spesies. Daun berbentuk bulat lonjong, berwarna hijau (atau merah), bersaiz kecil tersusun di sepanjang tangkai daun. Buah terbentuk di bawah setiap pelepah daun. Tumbuhan herba ini biasa terdapat di kawasan tanah terbiar di tepi-tepi jalan atau kebun serta kawasan rumah termasuk di dalam pasu bunga. Ia dianggap sebagai rumpai kerana agak susah untuk dikawal.
Khasiat dan Kegunaan
Dukung anak banyak digunakan untuk merawat penyakit berkaitan buah pinggang dan hati seperti jaundis dan hepatitis B. Ia juga digunakan untuk rawatan masalah batu karang, malaria, asma, kencing manis, darah tinggi, gigitan serangga berbisa dan cirit birit.
Tumbuhan ini mengandungi bahan anti cirit birit, pencegah keracunan, pencegah darah tinggi dan pelawas kencing. Ia juga dapat mencegah pemgumpulan cecair berlebihan di bawah kulit, merawat kulit, merawat luka, rawatan kepada ibu yang baru bersalin atau keguguran, menguatkan buah pinggang, mengurangkan batuk dan bertindak sebagai tonik.
Digunakan secara tradisional untuk pelawas kencing, menguatkan buah pinggang dan sebagai tonik.

-------------------------------------------------------------------------------------



-------------------------------------------------------------------------------------

-------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------

Tiada ulasan:

Catat Ulasan