Sabtu, 21 Ogos 2010
Kelebihan Surah
Sabda-Sabda Rasulullah SAW
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya “Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab.
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al- Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al- Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al- Ikhlas.”
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan”.
Sabda Rasulullah SAW lagi: “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s”.
Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: “Barang siapa membaca Qul huwa”llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka”.
Inilah yang dinamakan membaca Qulhua”llahahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Barangsiapa membaca surah Al- Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga”. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengutus seorang lelaki untuk ikut bergabung dengan pasukan yang sedang berperang. Ketika sembahyang dia membaca al-Quran dan mengakhiri bacaannya dengan membaca surah al-Ikhlas. Ketika pasukan tentera dalam perjalanan pulang, perkara itu diberitahu kepada Rasulullah s.a.w. Baginda terus bersabda: Tanyakan saja kepadanya, mengapa dia lakukan itu? Lalu mereka bertanya kepada lelaki tersebut dan dia menjawab: Sesungguhnya ia adalah sifat Allah Yang Maha Pemurah. Aku sangat suka sekali membacanya. Setelah mendengar jawapan itu Rasulullah s.a.w bersabda: Beritahulah kepadanya bahawa Allah juga menyukainya
Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya sebab dia menyangka bacaan itu tidak cukup dan lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta', diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulallah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
“ Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur'an”. ( Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai ).
"Barangsiapa membaca 'Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur'an". Dari Abu Hurairah r.a. - Rasulullah SAW bersabda
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. ( Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy )
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..". ( Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras )
"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya - dari - pahala seperti pahala syuhada". Dari Ubay Ibn Ka'ab - Rasulullah SAW bersabda :
"Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan" (Riwayat Ibnu Abbas)
"Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya 'Qul Huwallahu Ahad" itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., 'Allahus Somad' itu tertulis di sayap Mikail A.S., 'Lam Yalid Walam Yuulad' tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. 'Walam Yakullahu Kufwan Ahad' tertulis pada sayap Israfil a.s."
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-
tiga minit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam
Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat
tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga
kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Ini kerana Rasulullah SAW pernah berkata bahawa membaca surah Al-
Ikhlas ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu
dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Terjemahan Surah Al-Ikhlas dari ayat 1 hingga ayat 4
“Au zubillah himinashsyaitan nirrajim … bismillahirrahmannirrahim”
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan namaAllah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
1. Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa"
2. Allah adalah Tuhan, yang bergantung kepada Nya segala sesuatu.
3. Dia tiada beranak dan tiada diperanakkan.
4. Dan tidak ada seorang pun / sesuatu pun yang setara dengan Dia
Amalan :-
1. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat tersebut, kemudian bacalah surah Al- Ikhlas sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang dirumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
2. Kerjakanlah solat lima waktu tanpa henti kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
3. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
4. `Au zubillah himinasyaitan nirrajim '
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang telah dikutuk oleh
Allah.
` Bismillah hirrahma nirrahim `
Dengan Nama Allah yang Pengasih lagi Penyayang
Marilah kita amalkan kerajinan membaca surah Fatihah serta surah Al-
Ikhlas sebanyak mana yang mampu.
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.
5. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah
surah Al-Ikhlas iaitu ayat: Qul huwallahu ahad Allahussamad Lam yalid
walam yu-lad Walam yakul lahu kufuwan ahad, sebanyak 3 kali, masuklah
rumah dengan kaki kanan dengan membaca bismillah. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
6. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan
pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar untuk
menjawab salam malaikat tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap
bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
7. Untuk Mendapatkan kebaikan di dunia dan akherat Bacalah surat Al - Ikhlas setip hari sebagai amalan sehari - harinya. Insya Allah berkat surat Ikhlas yang kita baca itu kita akan mendapat kebaikan di dunia dan akherat.
Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq dan an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.
* Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan