Jumaat, 23 Januari 2009

Pisang

KHASIAT PISANG

PISANG menduduki tempat teristimewa dalam senarai buah-buahan tempatan. Di benua Afrika, seorang makan 275 kg pisang setiap tahun. Namun, di negara kita orang tidak begitu gemar makan pisang.
Sebenarnya, ia ada khasiat karbohidrat dan vitamin. Kandungan gula dalam pisang 15-20 peratus. Dalam gula itu ada sukros, proktos dan glukos berlebihan. Pisang juga ada khasiat vitamin B, zat besi, potassium dan kalsium.
Dalam 100 gram pisang, kita boleh dapat 67-137 kalori. Justeru itu, pisang di anggap makanan sungguh berkhasiat. Jika kita makan pisang setiap hari, penyakit usus dan buasir dapat di elakkan. Pisang juga mengurangkan kandungan asid dalam badan kita dan menambah daya penghadaman. Pada musim kemarau, pisang boleh membantu mengurangkan kepanasan badan. Saintis juga mendapati, kulit pisang mengandungi bahan-bahan yang boleh membersihkan pundi kencing.
Dalam masyarakat melayu pokok pisang adalah sesuatu yang wajib di tanam sebagai salah satu tanaman yang mesti ada di halaman / sekitar rumah. Bukan sahaja menghijaukan mata memandang dan menghasilkan fotosintesis untuk kita hirup udara yang segar tetapi terlalu banyak kegunaannya umpamanya batang pisang di bahagian dalamnya yang lembut yang lebih di kenali sebagai `umbut` di buat ulam di dalam masakan, daun pisang di buat pembungkus makanan seperti nasi lemak, kuih pau, kuih tuli dan bermacam jenis masakan lain kerana ia menghasilkan aroma yang sungguh sedap yang dapat membangkitkan selera sesiapa sahaja yang terhidunya , jantung pisang boleh di buat ulam , buah pisang boleh di buat bermacam-macam jenis mengikut jenis pisang seperti di buat pencuci mulut, kek, puding, kerepek, cucur dan lain-lain.
Malah ia juga boleh menjadi penawar kepada penyakit tertentu umpama sembelit di makan buahnya, kulitnya kita jangan buang kerana ia juga mempunyai kegunaannya yang tersendiri, ia mampu memulihkan kulit kita yang kering menjadi lembut dengan menyentalnya di badan seperti kita menggunakan sabun dan bagi mereka yang mengalami kulit kaki yang kasar dan pecah-pecah akibat daripada kerja keras , alahan sabun, peningkatan usia amalkan setiap hari sambil kita membaca atau menonton kita boleh melakukannya. Bukan sahaja terjamin keselamatannya malah menjimatkan perbelanjaan bulanan untuk kita membeli pelbagai jenis ubat yang belum kita tahu keselamatannya dan keberkesanannya.
Bagi mereka yang mengamalkan diet pisang adalah sajian utama yang harus ada buat apa kita harus membeli buah import yang mahal sedangkan pisang adalah sajian yang terbaik dalam mengamalkan diet malah kosnya lebih murah bukan sahaja memberikan zat dan vitamin yang kita perlukan sebagai pengganti kepada makanan tertentu yang kita terpaksa kurangkan atau terpaksa kita lupakan kerana takut badan naik tetapi juga mempunyai agen pembersihan usus yang amat berkesan ini kerana apabila kita memakannya ia akan melancarkan pelawasan kencing dan buang air besar dan kita tidak akan menghadapi masalah sembelit yang lama-kelamaan, akhirnya akan menyebabkan terjadinya penyakit buasir. Jadi jangan kita takut atau rasa malu untuk makan pisang kerana pisang mempunyai terlalu banyak kebaikan di dalamnya berbanding buah-buahan yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan